Skip to content

Seksyen 29

Penggunaan bahan kimia akuakultur

of Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 29 of 38
Seksyen 29

(1)

Pemegang lesen tidak boleh menggunakan apa-apa bahan kimia akuakultur kecuali dengan kelulusan Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan.

19

(3)

Bagi maksud kaedah ini, “bahan kimia akuakultur” ertinya suatu bahan atau campuran yang digunakan secara dalaman atau luaran—

(a)

bagi maksud terapeutik, profilaktik atau penggalakan tumbesaran ikan;

(b)

bagi pengubahsuaian fungsi fisiologi atau kelakuan ikan; atau

(c)

bagi apa-apa maksud dalam aktiviti akuakultur.