Skip to content

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

of Kaedah-Kaedah Petroleum (Cukai Pendapatan) (Potongan bagi Penyertaan dalam Pameran Kerjaya yang Diluluskan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

“orang yang boleh dikenakan cukai” ertinya mana-mana orang yang boleh dikenakan cukai yang menyertai suatu pameran kerjaya yang diluluskan;

“pameran kerjaya yang diluluskan” ertinya suatu pameran kerjaya yang diadakan di luar Malaysia yang dianjurkan atau diendorskan oleh Talent Corporation

Malaysia Berhad dan diluluskan oleh Menteri;

“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad dengan jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memperkenal dan memudahkan inisiatif yang menumpukan kepada keperluan bakat di Malaysia.