Seksyen 8
Pengemukaan diri sebagai suatu amalan undang-undang berkumpulan
of Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan Undang-Undang Berkumpulan) 2018
(1)
Tiada firma yang bukan ahli kepada suatu amalan undang-undang berkumpulan boleh memperihalkan firma itu sebagai suatu amalan undang-undang berkumpulan.
(2)
Suatu firma dalam amalan undang-undang berkumpulan hendaklah—
(a)
menggunakan nama amalan undang-undang berkumpulan bersama-sama dengan nama firma dengan syarat nama firma itu hendaklah lebih jelas daripada nama amalan undang-undang berkumpulan; dan
P.U. (A) 142 7
(b)
menggunakan nama amalan undang-undang berkumpulan dalam dokumen yang terdapat nama firma itu termasuk kepala surat dan kad nama firma itu.