Seksyen 29
Kecualian dan peralihan
of Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Prosiding Tatatertib) 2017
(1)
Semua prosiding yang masih belum selesai di hadapan
Jawatankuasa Tatatertib sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Kaedah-Kaedah ini hendaklah dikendalikan dan dilupuskan menurut
Kaedah-Kaedah
Profesion
Undang-Undang (Prosiding Tatatertib) (Tribunal Penyiasatan dan Jawatankuasa
Tatatertib) 1994 [P.U. (A) 189/1994].
(2)
Semua aduan yang masih belum selesai di hadapan Lembaga Tatatertib dan aduan-aduan yang dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan dengannya prosiding belum dimulakan pada tarikh mula berkuat kuasanya
Kaedah-Kaedah ini, hendaklah dikendalikan dan dilupuskan menurut Kaedah-Kaedah ini.
Pembatalan