Seksyen 4A
“Perubahan dalam butir-butir permohonan
of Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan) (Pindaan) 2013
(1)
Jika selepas penjana yang layak mengemukakan permohonan di bawah kaedah 4 dan sebelum Pihak Berkuasa memberikan kelulusan galakan dan mengemukakan perakuan kelulusan galakan, terdapat apa-apa perubahan dalam butir-butir dalam permohonan itu, penjana yang layak hendaklah, secepat yang mungkin, meminta secara bertulis kepada Pihak Berkuasa supaya meminda butir-butir yang berkaitan dalam permohonan itu.
(2)
Selepas penerimaan permintaan di bawah subkaedah (1), Pihak
Berkuasa boleh meluluskan atau menolak permintaan itu.
(3)
Fi pemprosesan yang ditetapkan dalam Jadual Kedua─
(a)
dikenakan ke atas penjana yang layak yang permintaan itu diluluskan dan hendaklah dibayar selepas menerima notis daripada Pihak Berkuasa; dan
(b)
tidak dikenakan ke atas penjana yang layak apabila perubahan dalam butir-butir itu adalah berpunca daripada Pihak
Berkuasa.
(4)
Pihak Berkuasa hendaklah, pada bila-bila masa, selepas meluluskan permintaan itu dan menerima fi pemprosesan, meminda butir-butir yang berkaitan sebagaimana dinyatakan dalam permintaan itu dan memberitahu penjana yang layak tentang pindaan itu.”.
Kaedah baru 13A