Skip to content

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Kaedah-Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Hakam) 2023

P.U. (A)In forceProvision 2 of 9
Seksyen 2

“anggota Panel Hakam” ertinya seorang anggota Panel Hakam yang berdaftar di bawah kaedah 25;

“Daftar Anggota Panel Hakam” ertinya Daftar Anggota Panel Hakam yang disimpan dan disenggarakan di bawah kaedah 26;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Hakam yang ditubuhkan di bawah kaedah 21;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa Hakam;

“penimbangtaraan” ertinya prosiding penimbangtaraan yang dikendalikan oleh

Hakam yang melibatkan pihak-pihak kepada suatu perkahwinan bagi maksud perdamaian atau perceraian melalui lafaz talaq atau perceraian khul’;

P.U. (A) 238 6

“perkelahian (shiqaq)” ertinya perbezaan yang berlarutan dan tidak dapat didamaikan antara suami dengan isteri dalam tempoh perkahwinan termasuklah dalam tempoh permohonan pembubaran perkahwinan yang belum diputuskan oleh

Mahkamah;

“pihak-pihak” ertinya suami dan isteri kepada suatu perkahwinan;

“prinsipal” ertinya suami atau isteri yang baginya seseorang Hakam dilantik untuk bertindak;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Jawatankuasa Hakam yang disebut dalam subkaedah 22(5).