Skip to content

Seksyen 56

Pengumuman keputusan

of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Terengganu) (Tatatertib Pelajar) 2024

P.U. (A)In forceProvision 54 of 75
Seksyen 56

(1)

Selepas mendengar keterangan saksi dan memeriksa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu.

(2)

Jika pihak berkuasa tatatertib memutuskan bahawa pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah meminta pelajar itu mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukumannya.

(3)

Jika selepas pelajar mengemukakan rayuannya untuk meringankan hukuman di bawah subkaedah (2), pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan terhadap pelajar itu satu daripada hukuman yang dinyatakan dalam subkaedah 58(1)

atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman itu yang sesuai.

P.U. (A) 326 38

(4)

Keputusan pihak berkuasa tatatertib hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan.