Seksyen 69
Tatacara Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar
P.U. (A)In forceProvision 67 of 75
Seksyen 69
(1)
Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang mendengar suatu rayuan hendaklah memutuskan rayuan itu dalam masa enam puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan.
(2)
Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar itu hendaklah memutuskan rayuan itu atas merit rayuan itu semata-mata.
P.U. (A) 338 45
(3)
Walau apa pun subkaedah (1), Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar boleh, jika difikirkannya adil dan perlu, dan tertakluk kepada hak pelajar itu untuk didengar, meminta apa-apa penyataan lanjut atau keterangan tambahan daripada mana-mana orang lain.