Seksyen 15
Representasi memudaratkan atau mendatangkan mudarat yang berhubungan dengan Universiti
P.U. (A)In forceProvision 14 of 73
Seksyen 15
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, membuat apa-apa representasi atau komunikasi lain, sama ada secara lisan atau bertulis, berhubung dengan apa-apa perkara mengenai Universiti, pekerja Universiti atau pelajar Universiti, yang memudaratkan atau yang mendatangkan mudarat kepada
Universiti, dalam perjalanan apa-apa kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar.
(2)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.