Seksyen 13
Kegiatan pelajar di luar Kampus
of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Utara Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024
P.U. (A)In forceProvision 12 of 73
Seksyen 13
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar Kampus yang mendatangkan kesan yang buruk kepada Universiti atau yang mendatangkan mudarat kepada kepentingan Universiti.
(2)
Naib Canselor boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang mendatangkan mudarat kepada kepentingan Universiti.
P.U. (A) 310 19
(3)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah
(1)
melakukan suatu kesalahan tatatertib.