Skip to content

Seksyen 36

Menggunakan premis asrama dengan penjagaan yang sepatutnya dan larangan kacau ganggu

of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Utara Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024

P.U. (A)In forceProvision 34 of 73
Seksyen 36

(1)

Seseorang pelajar menetap—

(a)

hendaklah menggunakan premis asrama dengan penjagaan yang sepatutnya; dan

(b)

tidak boleh melakukan apa-apa jua yang boleh mencacati, merosakkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain kepada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau kepada apa-apa barang atau lekapan dalamnya.

(2)

Seseorang pelajar menetap hendaklah, semasa menggunakan premis dan kemudahan asrama, mengambil segala langkah berhati-hati bagi memastikan bahawa penggunaan itu tidak menyebabkan apa-apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang lain.

P.U. (A) 310 30

(3)

Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan tatatertib.