Skip to content

Seksyen 52

Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya

of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Utara Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024

P.U. (A)In forceProvision 50 of 73
Seksyen 52

(1)

Jika pelajar itu mengaku bersalah, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menjelaskan kepadanya fakta kes dan akibat pengakuan salahnya.

(2)

Jika pelajar itu mengaku fakta kes dan pihak berkuasa tatatertib berpuas hati bahawa suatu kesalahan tatatertib telah dilakukan, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan dia bersalah atas kesalahan tatatertib itu dan memintanya untuk mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman.