Skip to content

Seksyen 66

Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib

of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Utara Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024

P.U. (A)In forceProvision 64 of 73
Seksyen 66

(1)

Tiada seorang pun boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib kecuali—

(a)

anggota pihak berkuasa tatatertib;

(b)

pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil;

(c)

pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti yang mewakili pelajar itu;

(d)

ibu bapa atau penjaga pelajar itu;

(e)

saksi yang dipanggil memberikan keterangan oleh pihak berkuasa tatatertib; dan

(f)

mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan hadir oleh pihak berkuasa tatatertib atas apa-apa sebab.

P.U. (A) 310 45

(2)

Seseorang yang hadir dalam prosiding tatatertib di bawah perenggan (1)(f) tidak boleh dalam apa-apa cara mengganggu penjalanan prosiding tatatertib.