Seksyen 70
of Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025
Seksyen 70
Apa-apa tindakan, aduan, pemeriksaan, penyiasatan, siasatan, perbicaraan, pendakwaan, prosiding atau rayuan yang dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Ordinan sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah diuruskan, diteruskan atau diselesaikan di bawah dan mengikut peruntukan
Ordinan seolah-olah Ordinan tidak dipinda oleh Akta ini.
(2)
Apa-apa kelulusan atau kebenaran yang diberikan di bawah
Ordinan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus sah sehingga habis tempoh kelulusan atau kebenaran itu seolah-olah Ordinan tidak dipinda oleh Akta ini.
Ordinan Buruh Sabah (Pindaan)
(3)
Semua permohonan bagi kelulusan atau kebenaran Pengarah yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan oleh Pengarah di bawah peruntukan Ordinan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.