Skip to content

Seksyen 4

Pelan dan salinan fotograf boleh diterima dalam keterangan

of Akta Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong (Salinan Fotograf) 1950

ActIn forceProvision 4 of 5
Seksyen 4

Tiap-tiap pelan yang dikeluarkan secara fotografi mengenai mana-mana tanah atau salinan pelan atau dokumen yang dibuat dengan sewajarnya dan diakui menurut peruntukan seksyen 3 dan dilampirkan kepada mana-mana dokumen atau diserahkan kepada mana-mana orang sebagaimana yang dikehendaki oleh, dan bagi maksud, mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan tanah atau lombong di Semenanjung Malaysia adalah boleh diterima dalam keterangan tanpa pembuktian selanjutnya di semua mahkamah di

Semenanjung Malaysia.