Seksyen 47
Penggantian Bahagian VIII
of Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018
Akta ibu dipinda dengan menggantikan Bahagian VIII dengan Bahagian yang berikut:
“Bahagian VIII
RAYUAN
Rayuan kepada Menteri
Quoted provision
Seksyen 177
Seseorang yang terkilan dengan keputusan
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berhubung dengan permohonan lesen, pembaharuan lesen dan pembatalan lesen boleh merayu kepada Menteri.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), tidak ada hak rayuan oleh mana-mana orang jika permohonan di bawah Akta ini ditolak di bawah subseksyen 17(3), 37(3) atau 52(3).
(3)
Suatu rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada
Menteri dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh keputusan
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat disampaikan kepada orang itu.
Quoted provision
Seksyen 178
Syor oleh jawatankuasa rayuan
Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, melantik suatu jawatankuasa rayuan untuk menimbangkan rayuan di bawah seksyen 12d, 27, 45 dan 62.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1574
(2)
Jawatankuasa rayuan hendaklah membuat syor kepada
Menteri berhubung dengan rayuan yang disebut dalam subseksyen (1).
(3)
Menteri hendaklah memberikan apa-apa pertimbangan yang difikirkannya patut mengenai syor jawatankuasa rayuan itu dalam mencapai keputusannya berhubung dengan rayuan itu.
Quoted provision
Seksyen 179
Keputusan Menteri
Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat selepas menimbangkan keputusan
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan keputusan
Menteri adalah muktamad.
Quoted provision
Seksyen 180
Keesahan lesen dilanjutkan bagi rayuan berjaya
Walau apa pun seksyen 19, 39 dan 54, jika Menteri membenarkan rayuan secara penuh terhadap suatu perintah yang membatalkan suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini, keesahan lesen itu hendaklah dilanjutkan oleh suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen itu tidak berkuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan dengan sewajarnya ke dalam lesen itu.
Quoted provision
Seksyen 181
Larangan permohonan yang serupa apabila permohonan terdahulu menunggu rayuan
Jika apa-apa rayuan bagi permohonan yang ditolak di bawah Akta ini masih belum ditentukan atau diselesaikan oleh Menteri, seseorang tidak boleh membuat permohonan yang serupa di bawah Akta ini dan apa-apa lesen yang dikeluarkan dalam tempoh rayuan yang belum selesai itu hendaklah disifatkan tidak sah.”.
Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)
19