Seksyen 55
Penggantian seksyen 215
of Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 215 dengan seksyen yang berikut:
“Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
Quoted provision
Seksyen 215
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan bagi segala perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat di bawah Akta ini.
(2)
Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat yang dikehendaki dijalankan olehnya di bawah
Akta ini boleh dijalankan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat, Pengarah Pengangkutan Awam
Darat dan Timbalan Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(3)
Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat,
Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Timbalan Pengarah
Pengangkutan Awam Darat hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat.”.
Seksyen baharu 215a