Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Act 1978 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian III · Bahagian, Pegawai dan Pekhidmat
14. Penyusunan Lembaga kepada Bahagian-Bahagian
Feedback & supportLembaga boleh menubuhkan Bahagian-Bahagian yang difikirkannya wajar, dan setiap Bahagian hendaklah di bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai eksekutif yang dinamakan
“Pengurus”.
Pengurus setiap Bahagian hendaklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Menjadi tanggungjawab Pengurus sesuatu Bahagian yang berkenaan untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga mengenai perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya ditimbang dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang boleh diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.
Tiap-tiap Pengurus ialah pegawai Lembaga.