Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English

Bahagian V · Kuasa Lain Lembaga

28. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk melaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada menunaikan kewajipannya atau pada melaksanakan fungsinya.

(2)

Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa 28a.  (1)  Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan oleh Lembaga perlu atau suai manfaat untuk membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Report