Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Act 1978 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian VI
32. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Tanpa mejejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—
menetapkan cara yang apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 23
menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;
mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga;
mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;
menetapkan cara dan terma dan syarat bagi pinjaman yang diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan
mengadakan peruntukan pada amnya mengenai penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah
Akta ini.
Peraturan-peraturan itu—
boleh mengadakan peruntukan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya menjadi suatu kesalahan; dan
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti untuk apa-apa kesalahan yang penaltinya tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.
Kuasa untuk meminda Jadual 32a. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meminda mana-mana Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.