Seksyen 15
Hak tindakan tidak terakru atau berterusan melainkan jika terdapat pemilikan bertentangan
Tiada apa-apa hak tindakan untuk mendapat kembali tanah boleh disifatkan sebagai terakru melainkan jika tanah itu berada dalam milik orang yang mendapat faedah daripada perjalanan tempoh had masa itu (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut sebagai “pemilikan bertentangan”) dan jika di bawah peruntukan yang tersebut dahulu dalam Akta ini sesuatu hak tindakan itu disifatkan telah terakru pada sesuatu tarikh tertentu dan tiada seorang pun mempunyai pemilikan bertentangan pada tarikh itu, maka hak tindakan itu tidak boleh disifatkan sebagai telah terakru melainkan jika dan sehingga tanah itu berada dalam pemilikan bertentangan.
(2)
Jika hak tindakan untuk mendapat kembali tanah telah terakru dan kemudiannya, sebelum hak itu dihalang, tanah tersebut tidak lagi berada dalam pemilikan bertentangan, hak tindakan itu tidak lagi boleh disifatkan sebagai telah terakru dan tiada apa-apa hak tindakan
Had Masa 19
baru boleh disifatkan sebagai terakru melainkan dan sehingga tanah itu berada semula dalam pemilikan bertentangan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
pemilikan mana-mana tanah yang tertakluk kepada suatu tanggungan sewa oleh seseorang (selain daripada orang yang berhak mendapat tanggungan sewa itu) yang tidak membayar sewa boleh disifatkan sebagai pemilikan bertentangan bagi tanggungan sewa itu; dan
(b)
penerimaan sewa di bawah sesuatu pajakan oleh seseorang yang dengan salahnya menuntut, mengikut seksyen 13 (4)
Akta ini, kembalian tanah itu hendaklah disifatkan sebagai pemilikan bertentangan tanah itu.