Seksyen 33
Pemakaian terhadap kerajaan
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini dan tanpa menjejaskan peruntukan seksyen 3 Akta ini, Akta ini hendaklah terpakai bagi prosiding oleh atau terhadap Kerajaan sama caranya seperti ia terpakai bagi prosiding di antara rakyat dan bagi maksud Akta ini suatu prosiding dengan cara petisyen hak hendaklah disifatkan sebagai bermula pada tarikh petisyen itu diserahkan:
Dengan syarat bahawa Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa prosiding oleh Kerajaan untuk mendapatkan apa-apa cukai, duti atau bunga baginya atau bagi apa-apa prosiding pelucuthakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia berhubungan dengan duti kastam atau eksais atau bagi apa-apa prosiding berkenaan dengan pelucuthakan suatu kapal.
* CATATAN─ lihat Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93] telah dimansuhkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] yang mula berkuat kuasa 26 Mac 2006 [P.U.
65/2006]
32
Undang-Undang Malaysia
(2)
Bagi maksud seksyen ini prosiding oleh atau terhadap mana-mana Jabatan Kerajaan atau mana-mana pegawai mana-mana
Kerajaan atau seseorang yang bertindak bagi pihak Kerajaan adalah disifatkan sebagai prosiding oleh atau terhadap Kerajaan.
(3)
Dalam seksyen ini ungkapan “Kerajaan” hendaklah disifatkan termasuk Kerajaan mana-mana Negeri.
Peruntukan mengenai tindakan yang telah terhalang atau belum selesai