7. Seksyen baharu 49a dan 49b
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49
seksyen yang berikut:
“Perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman 49a. (1) Kecuali seksyen 395 dan 403 dan perenggan 1
Jadual Kelapan, peruntukan Penggal 8 Bahagian III (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) Akta Syarikat 2016 dan Kaedah-Kaedah Syarikat
(Mekanisme Penyelamat Korporat) 2018 [P.U. (A) 64/2018]
hendaklah terpakai bagi perkiraan sukarela dan pengurusan kehakiman perkongsian liabiliti terhad tertakluk kepada apa-apa ubah suaian dan penyesuaian yang perlu, dan khususnya ubah suaian yang berikut:
sebutan mengenai “syarikat” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai perkongsian liabiliti terhad;
sebutan mengenai “perlembagaan” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai perjanjian perkongsian;
sebutan mengenai “pengarah” atau “anggota” sesuatu syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad;
sebutan mengenai “ketetapan” sesuatu syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai penentuan atau keputusan perkongsian liabiliti terhad; dan
sebutan mengenai “syer” mana-mana anggota syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai kepentingan mana-mana pekongsi perkongsian liabiliti terhad.
Apabila suatu mesyuarat perkongsian liabiliti terhad dipanggil lanjutan daripada pemakaian seksyen 399
Akta Syarikat 2016 bagi perkiraan sukarela perkongsian liabiliti terhad, mesyuarat itu hendaklah dilaksanakan—
mengikut perjanjian perkongsian; dan
Undang-Undang Malaysia 12
dalam ketiadaan apa-apa peruntukan yang berhubungan dengan pengundian suatu keputusan dalam perjanjian perkongsian, mengikut perenggan 8 Jadual Kedua kepada Akta.
Perlindungan barangan dan perkhidmatan perlu 49b. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), suatu klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam mana-mana kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu tidak boleh dilaksanakan terhadap mana-mana perkongsian liabiliti terhad.
Seseorang pembekal yang berhasrat untuk menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam suatu kontrak hendaklah memaklumkan niatnya untuk memelihara haknya di bawah klausa yang berkaitan dengan insolvensi itu kepada perkongsian liabiliti terhad secara bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi mengikut kontrak itu.
Seksyen ini tidak menghalang pembekal daripada menjalankan haknya yang lain, termasuk hak untuk menerima bayaran bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang diberikan kepada suatu perkongsian liabiliti terhad, di bawah kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu itu.
Bagi maksud seksyen ini—
“klausa yang berkaitan dengan insolvensi” ertinya suatu terma kontrak yang—
membenarkan penamatan automatik suatu kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, ubah suaian hak antara pembekal dan perkongsian liabiliti terhad di bawah kontrak semata-mata kerana perkongsian liabiliti terhad itu menjadi tertakluk kepada prosiding berhubung dengan perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman; atau
Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)
membenarkan pembekal untuk menamatkan kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, menguatkuasakan apa-apa hak atau mengubah mana-mana obligasi di bawah suatu kontrak semata-mata kerana perkongsian liabiliti terhad itu menjadi tertakluk kepada prosiding berhubung dengan perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman;
“barangan dan perkhidmatan perlu” ertinya barangan dan perkhidmatan perlu yang dinyatakan dalam
Jadual Keempat.”.