Skip to content
In forceUpdated to 6 Feb 2024Read it in English

Act of Parliament

Akta Jaminan Pinjaman 1963

Feedback & supportGovernment guarantee of an international bank loan to a finance firm

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jaminan Pinjaman 1963.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

s 2Pemakaian Akta Pinjaman (Bank Antarabangsaa) 1958

(1)

Peruntukan yang berikut dalam Akta Pinjaman (Bank

Antarabangsa) 1958 [Akta 411], iaitu—

(a)

seksyen 7 (yang memberi kuasa kepada Kerajaan untuk memberikan jaminan dan aku janji yang berkenaan dengan peminjaman oleh pihak berkuasa berkanun

6 Undang-Undang Malaysia Akta 412

daripada Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan

Pembangunan); dan

(b)

setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan jaminan dan aku janji oleh Kerajaan, seksyen 11 dan 12 (yang mengandungi peruntukan tambahan bagi pelaksanaan, antara perkara lain, mana-mana jaminan atau aku janji itu), kecuali bagi perkataan “1950” dalam subseksyen 12(5), hendaklah digantikan dengan perkataan “1960”, hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa peminjaman daripada

Bank itu oleh syarikat bernama Syarikat Permodalan Kemajuan

Perusahaan Malaysia Berhad seolah-olah syarikat itu ialah suatu pihak berkuasa berkanun mengikut pengertian Akta itu, dan peminjaman itu telah dibuat di bawah subseksyen 5(1) Akta itu.

(2)

Jika apa-apa jumlah wang dibayar daripada Kumpulan Wang

Disatukan berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh Kerajaan menurut kuasa subseksyen (1), Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas berakhirnya setiap tahun kewangan yang bermula pada tahun jumlah wang itu dibayar dan yang berakhir pada tahun semua liabiliti berkenaan dengannya dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya dijelaskan dengan muktamad oleh syarikat itu, membentangkan dalam Dewan Rakyat suatu penyata yang berhubungan dengannya.

(3)

Perenggan 12(2)(a) dan (b) itu (yang memperuntukkan pengecualian daripada pencukaian dan kawalan pertukaran) hendaklah juga terpakai berhubung dengan apa-apa perjanjian yang dibuat, sama ada sebelum atau selepas Akta ini diluluskan, dengan Bank itu oleh syarikat itu, dengan kelulusan Kerajaan, berkenaan dengan apa-apa peminjaman oleh syarikat itu daripada Bank, dan bagi apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan oleh syarikat itu menurut mana-mana perjanjian itu, sebagaimana ia terpakai bagi perjanjian dan surat cara yang disebut dalamnya itu.

s 3Ratifikasi Perjanjian Jaminan

Perjanjian jaminan yang hingga kini dibuat antara Kerajaan atas nama Persekutuan Malaysia dengan Bank itu dengan ini diratifikasi

Jaminan Pinjaman 7

dan disahkan dalam segala perkara dan hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah Akta ini telah berkuat kuasa pada tarikh itu dan perjanjian itu telah dibuat dan disempurnakan dengan sewajarnya pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini.

s 4Peluasan kepada syarikat lain

Jika suatu ketetapan diluluskan oleh Dewan Rakyat bahawa seksyen 2 Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana syarikat, sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Syarikat Permodalan

Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad, maka Menteri boleh, melalui

Perintah yang hendaklah disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan bahawa peruntukan itu hendaklah terpakai bagi syarikat itu.

8

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

TIADA–

9

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA-