Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Loans (Central Bank of Malaysia) Act 1960

Feedback & supportIssue and management of loans by the central bank

Official textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960.

s 2Section 2

(Ditinggalkan).

s 3Bank hendaklah menjalankan pengurusan pinjaman

Pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, Bank Negara Malaysia hendaklah menjalankan pengeluaran dan pengurusan pinjaman yang diperdapatkan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual; dan Menteri Kewangan boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian dan pindaan dalam mana-mana undang-undang itu yang didapati olehnya perlu atau suai manfaat bagi maksud menguatkuasakan seksyen ini.

s 4Kuasa Menteri untuk menetapkan fi

Menteri Kewangan boleh menetapkan apa-apa fi yang difikirkannya munasabah bagi pelaksanaan kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan di bawah Akta ini oleh Bank Negara Malaysia, dan apa-apa fi itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

s 5Kecualian

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh mengambil atau mengganggu apa-apa hak mana-mana pemegang sah apa-apa saham yang diterbitkan di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual.

Undang-Undang Malaysia

Schedules