Skip to content

Seksyen 10

of Majlis Daerah Pontian

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 10 of 18

Seksyen 10

(1)

Apabila suatu pelan pindaan kepada suatu pelan yang diluluskan dikemukakan untuk diluluskan, suatu fee sebanyak

RM60.00 adalah kena dibayar bagi setiap pelan pindaan itu.

Pelan pindaan kepada pelan yang diluluskan.

Rangkaian atau deretan bangunan.

Tembok penahan.

Dermaga,

Jambatan dll.

2542

[30hb Dis. 2004

(2)

Jika suatu pindaan kepada suatu pelan yang diluluskan melibatkan kawasan tambahan, maka kawasan tambahan itu hendaklah dikenakan bayaran atas asas yang dinyatakan dalam paragraf 1 sebagai tambahan kepada fee yang ditetapkan dalam subparagraf (1) paragraf ini.

(3)

Jika sesuatu pindaan kepada suatu pelan yang diluluskan adalah pada pendapat pihak berkuasa tempatan substantial, fee yang sama dengan setengah fee yang boleh dikenakan caj di bawah paragraf 1 berkenaan dengan pelan yang diluluskan adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada apa-apa fee yang kena dibayar di bawah subparagraf (1) dan (2) paragraf ini.