Skip to content

Seksyen 8

of Akta Pertahanan Awam 1951

ActIn forceProvision 8 of 9

Seksyen 8

(1)

Ketua Pengarah Pertahanan Awam dengan persetujuan Menteri boleh mengarahkan angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam atau mana-mana bahagian daripadanya untuk diguna khidmat bagi melakukan apa-apa kerja bantuan atau memberi perlindungan kepada, atau mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta penduduk awam sekiranya berlaku apa-apa bencana atau bencana yang akan menimpa atau bagi melaksanakan atau memudahkan pemulihan mereka selepas bencana itu.

(2)

Anggota-anggota angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam yang diguna khidmat menurut subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai menunaikan tugas pertahanan awam.