Skip to content

Seksyen 3

of Akta Gereja Methodist DI Malaysia 1955

ActIn forceProvision 3 of 8

Seksyen 3

(1)

Tiada surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang dimeteraikan dengan meterai perbadanan boleh disifatkan dimeteraikan dengan sewajarnya melainkan jika meterai itu telah dicapkan di hadapan orang yang pada masa itu memegang jawatan

Setiausaha Pemegang Amanah Gereja Methodist di Malaysia, atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424], dan melainkan jika surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu ditandatangani oleh orang tersebut atau wakilnya.

(2)

Penandatanganan sedemikian hendaklah diambil sebagai keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu.

Pelantikan