Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971
ActIn forceProvision 2 of 23
Seksyen 2
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“Majlis” ertinya Majlis Sukan Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Majlis Sukan Wilayah Persekutuan” dan “Majlis Sukan
Negeri” masing-masing ertinya Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan sesuatu Majlis Sukan Negeri yang ditubuhkan dengan sewajarnya di bawah seksyen 7;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi sukan.