Seksyen 2
Sempadan bagi daerah mengundi tersebut ditunjukkan dalam Pelan Ukur yang dinyatakan dalam ruang (6) dan disimpan dengan Pengarah Tanah dan Ukur Negeri di mana terletaknya bahagian-bahagian pilihan raya itu.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri Sabah is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 460 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
NOTIS MENGENAI DAERAH MENGUNDI DAN PUSAT
MENGUNDI BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA
PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI NEGERI SABAH
NOTICE OF POLLING DISTRICTS AND POLLING CENTRES
FOR THE FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES OF THE
STATE OF SABAH
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (B) 460
2
AKTA PILIHAN RAYA 1958
NOTIS DI BAWAH SUBSEKSYEN 7(1)
NOTIS MENGENAI DAERAH MENGUNDI DAN PUSAT MENGUNDI BAGI
BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI
BAGI NEGERI SABAH
AMBIL PERHATIAN bahawa pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(1) Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19], Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengubah pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual Pertama kepada daerah mengundi yang nama dan nombor pengenalannya dinyatakan dalam ruang (3) dan (4) dan telah menetapkan tempat yang dinyatakan dalam ruang (5) bagi penubuhan pusat mengundi bagi daerah mengundi itu.
Sempadan bagi daerah mengundi tersebut ditunjukkan dalam Pelan Ukur yang dinyatakan dalam ruang (6) dan disimpan dengan Pengarah Tanah dan Ukur Negeri di mana terletaknya bahagian-bahagian pilihan raya itu.
Daftar pemilih yang telah dikemaskini sehingga 6 Mei 2016 dan telah diperakui dan diwartakan pada 13 Mei 2016 bagi bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri yang dinyatakan dalam ruang (1), (2) dan (3) Jadual Kedua boleh diperiksa pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja mulai 24 September 2019 hingga dan termasuk 7 Oktober 2019 di tempat yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua.
Apa-apa perubahan pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri itu hendaklah mula berkuat kuasa pada masa daftar pemilih bagi bahagian-bahagian pilihan raya itu disemak kemudiannya dan tidak dahulu daripada itu.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.