Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Alasan bagi kajian semula pentadbiran
(1)
Permintaan bagi kajian semula pentadbiran itu adalah berdasarkan alasan bahawa penamatan duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan berterusan atau berulang terhadap industri
Malaysia.
(2)
Pemohon mengemukakan bukti yang mencukupi mengenai lambakan dan kemudaratan kepada industri Malaysia serta hubung kait di antara import dagangan subjek itu dengan kemudaratan yang dikatakan dialami oleh industri domestik di Malaysia.
(3)
Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula pentadbiran.
(4)
Dalam membuat keputusan itu, Kerajaan juga telah meneliti harga dagangan subjek di pasaran dalam negeri di Malaysia berhubung dengan kemungkinan lambakan itu berterusan atau berulang.
P.U. (B) 199 4
Tatacara