Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Sebab bagi penentuan awal negatif
Berdasarkan penyiasatan, pihak berkuasa penyiasat mendapati bahawa terdapat kenaikan import keluaran semasa tempoh penentuan kemudaratan, iaitu dari 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014. Walau bagaimanapun, kenaikan import itu bukanlah menonjol atau ketara. Setelah meneliti kesannya terhadap syer pasaran, jualan, pengeluaran, produktiviti, pengambilan kerja, penggunaan kapasiti dan keberuntungan, pihak berkuasa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa import keluaran itu tidak menyebabkan dan tidak mengancam untuk menyebabkan, kemudaratan yang serius terhadap industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung.