Skip to content

Seksyen 4

Sebab bagi penentuan muktamad afirmatif

of Notis Penentuan Muktamad Afirmatif Penyiasatan Mengenai Keluaran Plat Gulungan Panas yang Diimport ke dalam Malaysia

P.U. (B)In forceProvision 5 of 6
Seksyen 4

Berdasarkan penyiasatan, Pihak Berkuasa Penyiasat telah mendapati bahawa terdapat kenaikan secara mutlak import keluaran semasa tempoh penentuan kemudaratan iaitu mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. Pihak Berkuasa

Penyiasat mendapati bahawa industri dalam negeri telah mengalami kemudaratan yang serius berkenaan dengan pengurangan syer pasaran, pengurangan dalam jualan dalam negeri, tahap produktiviti dan penggunaan kapasiti yang rendah, penurunan dalam aliran tunai, kemerosotan keuntungan dan inventori, dan pulangan pelaburan yang negatif. Perkara ini telah menyebabkan dan mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung.