Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Import keluaran itu ke dalam Malaysia telah meningkat secara relatif sebanyak 19 mata bagi tempoh mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017 sehingga tempoh mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 dan selepas itu telah meningkat sebanyak 42 mata bagi tempoh mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017 sehingga tempoh mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019. Sebagai perbezaan indeks pengeluaran dalam negeri telah menurun daripada 100 mata bagi tempoh mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017 kepada 95 mata bagi tempoh mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018. Indeks pengeluaran dalam negeri juga telah mencatatkan penurunan sebanyak 74 mata bagi tempoh mulai 1 Januari 2017
hingga 31
Disember 2017
sehingga tempoh mulai 1
Januari 2019
hingga 31 Disember 2019.
Ringkasan pengataan faktor bagi kemudaratan yang serius 5.
Petisyen yang dikemukakan oleh pempetisyen telah menunjukkan bahawa peningkatan import keluaran itu telah menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa sebagaimana yang ditunjukkan melalui penurunan syer pasaran, jualan, keberuntungan, jumlah pengeluaran, kadar produktiviti dan pengurangan dalam penggajian dan upah.
P.U. (B) 462 5
Tarikh permulaan penyiasatan 6.
Kerajaan
Malaysia telah memutuskan bahawa penyiasatan dimulakan pada 13 September 2020.
Tujuan penyiasatan 7.
(1)
Penyiasatan itu akan menentukan sama ada keluaran itu diimport ke dalam
Malaysia dalam kuantiti yang meningkat, secara mutlak atau relatif kepada pengeluaran dalam negeri dan sama ada dalam keadaan itu, ia menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa.
(2)
Penyiasatan itu juga akan meneliti keperluan bagi langkah perlindungan sementara mengenai import keluaran itu ke dalam Malaysia sekiranya Kerajaan Malaysia membuat suatu penentuan awal afirmatif.
Soal selidik 8.
(1)
Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,
Kerajaan Malaysia akan mengagihkan soal selidik kepada pihak berkepentingan yang telah disenaraikan oleh pempetisyen dalam petisyen.
Pengumpulan maklumat 9.
Semua pihak berkepentingan diundang untuk memberikan pandangan mereka secara bertulis, khususnya dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.
P.U. (B) 462 6
Had masa 10.
Pengemukaan maklumat, jawapan bagi soal selidik, permintaan dan surat-menyurat 11.
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor telefon
:
Nombor faksimili
:
Alamat e-mel
:
alltps@miti.gov.my
P.U. (B) 462 7
Bertarikh 9 September 2020
[MITI.600-2/19/1; PN(PU2)647/VI]
DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri
P.U. (B) 462 8
SAFEGUARDS ACT 2006
NOTICE OF INITIATION OF SAFEGUARD INVESTIGATION FOR A PRELIMINARY
DETERMINATION WITH REGARD TO CERAMIC FLOOR AND WALL TILES PRODUCTS
IMPORTED INTO MALAYSIA
(SM 01/20)