Act of Parliament · Updated to 23 Nov 2023
Akta Penang Free School 1920 (Disemak - 2023)
Feedback & supportA statutory body of trustees for a schoolOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penang Free School 1920.
Orang yang dilantik di bawah subseksyen 7(1) sebagai
Pemegang Amanah Penang Free School dan pengganti mereka dalam jawatan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan di bawah nama “Pemegang Amanah Penang Free School” (“Perbadanan”) dan hendaklah kekal turun-temurun.
Perbadanan boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan—
6
Undang-Undang Malaysia
memperoleh, membeli, memajak, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih daripada tiap-tiap perihalan; dan
tertakluk pada Akta ini, menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, dan memulangkan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan mana-mana harta alih dan harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan.
Semua bon, sekuriti dan wang yang dinyatakan dan diperihalkan dalam Jadual terletak hak pada Perbadanan, berserta dengan semua faedah terakru atau yang terakru yang genap masa ke atasnya, tertakluk pada amanah dan maksud yang lebih khususnya disebut dalam Jadual.
Harta tak alih yang dinyatakan dalam fasal 3 Jadual terletak hak pada Perbadanan tertakluk pada apa-apa hak atau ekuiti penebusan yang wujud pada masa ini.
s 4Tujuan dan maksud am
Tujuan dan maksud am Perbadanan ialah—
untuk memegang, mengawal dan mentadbir wang, dana, sekuriti dan harta yang terletak hak pada Perbadanan atau selepas ini diberikan kepada atau dalam apa-apa cara yang diperoleh oleh atau berada dalam jagaan atau kawalan Perbadanan dan pendapatannya, mengikut amanah atau bagi maksud yang menyentuh perkara yang sama masing-masing, atau dalam ketiadaan amanah atau maksud khas, bagi maksud am Perbadanan dan khususnya untuk melabur apa-apa wang yang pada masa itu memerlukan pelaburan dalam mana-mana pelaburan
Penang Free School 7
yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dana amanah atau dalam pembelian harta tak alih yang sesuai bagi maksud am Perbadanan;
untuk menyediakan atau membantu dalam menyediakan gaji bagi guru Penang Free School, dan hadiah dan biasiswa bagi pelajarnya, dan untuk menggalakkan pendidikan moral, intelek dan jasmani serta kesejahteraan pelajar dan guru Penang Free School dan secara amnya untuk menggalakkan kemajuan pendidikan; dan
apa-apa maksud lain yang sama dengan atau berfaedah bagi mencapai mana-mana tujuan yang disebut dalam perenggan (a) dan (b).
s 5Jawatankuasa pengurusan
Hal ehwal Perbadanan hendaklah diuruskan oleh Pemegang
Amanah yang pada masa itu hendaklah mempunyai kawalan penuh ke atas dana modal dan harta Perbadanan dan pendapatannya dan hendaklah mentadbir, mengarahkan dan memutuskan semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Perbadanan dan pencapaian tujuan dan maksud amnya, dan Pemegang Amanah hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan atau terletak hak pada Perbadanan oleh Akta ini.
s 6Penyempurnaan dokumen
Semua surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan meterai Perbadanan di hadapan sekurang-kurangnya dua orang
Pemegang Amanah yang hendaklah menandatangani setiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan, dan penandatanganan sedemikian hendaklah menjadi bukti yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai
Perbadanan yang sah.
8
Undang-Undang Malaysia
Pemegang Amanah hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa itu melaksanakan kewajipan—
Ketua Menteri;
Bendahari Negeri;
Pengarah Pendidikan, Pulau Pinang; dan
tidak kurang daripada tiga orang tetapi tidak lebih daripada lima orang lain yang dilantik bagi tempoh tidak lebih daripada tiga tahun oleh Yang di-Pertua Negeri.
Atas kematian, ketidakupayaan untuk bertindak, peletakan jawatan atau ketiadaan di Negeri selama lebih daripada tiga bulan mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (1)(d), seorang anggota baharu hendaklah dalam masa yang munasabah dilantik oleh
Yang di-Pertua Negeri.
Pemegang Amanah boleh bermesyuarat bersama bagi menyegerakan urusan, dan persoalan yang timbul pada mana-mana mesyuarat hendaklah diputuskan oleh majoriti undi Pemegang
Amanah yang hadir pada mesyuarat itu, dan pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Ketua Menteri hendaklah menjadi pengerusi dalam mesyuarat Pemegang Amanah dan jika dia tidak hadir, anggota kanan yang disebut dalam perenggan (1)(d) dan jika kedua-duanya tidak hadir, seorang pengerusi hendaklah dipilih daripada Pemegang
Amanah yang hadir di mesyuarat itu.
Tiada tindakan atau prosiding Pemegang Amanah boleh dipersoalkan atas sebab mana-mana Pemegang Amanah atau
Pemegang-Pemegang Amanah tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat atau atas sebab apa-apa kekosongan dalam badan Pemegang
Amanah.
Penang Free School 9
s 8Bendahari bagi Pemegang Amanah
Bendahari bagi Pemegang Amanah hendaklah menjadi Bendahari
Negeri.
s 9Akaun
Pemegang Amanah hendaklah menyebabkan supaya buku akaun disimpan dengan sepatutnya dan dalam tempoh dua bulan selepas penutupan setiap tahun
Pemegang
Amanah itu hendaklah menyebabkan supaya disediakan penyata penerimaan dan pengeluaran pada tahun sebelumnya, dan perkara yang sama hendaklah tertakluk pada apa-apa audit dan diterbitkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Yang di-Pertua Negeri.
Tertakluk pada kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Pemegang
Amanah boleh membuat kaedah-kaedah—
untuk mengawal selia prosiding Pemegang Amanah, panggilan mesyuarat, kuorum yang perlu bagi perjalanan urusan, pengundian Pemegang Amanah dan tatacara bagi perjalanan urusan;
bagi pelantikan jawatankuasa;
bagi pelantikan dan saraan seorang Setiausaha;
untuk mengagihkan tugas dan untuk mengawal selia penggunaan kuasa eksekutif oleh mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil dan pegawai
Perbadanan;
untuk mengawal selia penyimpanan dan pembentangan akaun;
secara amnya untuk melaksanakan maksud Akta ini.
10
Undang-Undang Malaysia
Salinan terperaku semua kaedah-kaedah sedemikian hendaklah disiarkan dalam Warta.
Penang Free School 11