Skip to content

Seksyen 25

Sistem pemfailan elektronik

of Peraturan-Peraturan Antibuli (Tribunal bagi Antibuli) 2026

P.U. (A)In forceProvision 25 of 25
Seksyen 25

(1)

Tribunal boleh mengadakan suatu sistem bagi penyerahsimpanan atau pemfailan secara elektronik apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk diserah simpan atau difailkan dengan Tribunal.

(2)

Kehendak untuk menyerah simpan atau memfailkan dokumen di bawah

Peraturan-Peraturan ini dipenuhi jika dokumen itu diserah simpan atau difailkan melalui sistem pemfailan elektronik dengan memfailkan satu salinan dokumen itu mengikut tatacara sebagaimana yang ditentukan oleh Tribunal.

P.U. (A) 223 16

(3)

Apa-apa dokumen yang diserah simpan atau difailkan melalui sistem pemfailan elektronik hendaklah disifatkan sebagai telah ditandatangani atau dimeterai jika dokumen itu diperakui atau disahkan mengikut tatacara sebagaimana yang ditentukan oleh Tribunal.

P.U. (A) 223 17