Seksyen 9
Kegagalan untuk memfailkan Laporan mengikut Negara
of Peraturan-Peraturan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pelaporan Mengikut Negara) 2017
(1)
Mana-mana orang yang gagal untuk memfailkan suatu Laporan mengikut
Negara mengikut peraturan 4, 5 atau 7 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
P.U. (A) 409 7
(2)
Jika seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subperaturan (1), mahkamah boleh membuat perintah selanjutnya supaya orang itu mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan ini yang berkaitan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat atau dalam apa-apa tempoh lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Laporan yang tidak betul