Seksyen 5
Pembayaran kompaun
of Peraturan-Peraturan Cukai Pelancongan (Pengkompaunan Kesalahan) 2023
P.U. (A)In forceProvision 5 of 6
Seksyen 5
(1)
Seseorang yang menyetuju terima suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan yang boleh dikompaun hendaklah membayar kompaun itu melalui draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.