Skip to content
P.U. (A)In force

Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2020
Sections
7

Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 237 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (A) 237

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN

(LAYANAN KHAS BAGI FAEDAH

KE ATAS PINJAMAN) 2020

INCOME TAX (SPECIAL TREATMENT FOR INTEREST

ON LOAN) REGULATIONS 2020

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (A) 237 2

AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN

(LAYANAN KHAS BAGI FAEDAH KE ATAS PINJAMAN) 2020

Opening note

Preamble

  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Ketua Pengarah membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa

(1)

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan

Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke atas Pinjaman) 2020.

(2)

Peraturan-Peraturan ini hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

Pemakaian

Peraturan-Peraturan ini terpakai bagi—

(i)

suatu bank berlesen atau bank pelaburan berlesen di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; dan

(ii)

suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; dan

(b)

suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618].

P.U. (A) 237 3

Tafsiran

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

"perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan

Sederhana 1995 [Akta 539];

“pinjaman” ertinya apa-apa pinjaman atau pembiayaan yang berkaitan dengan program moratorium di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), yang diberikan oleh suatu bank atau institusi kewangan kepada seorang individu, perusahaan kecil dan sederhana atau mana-mana syarikat selain perusahaan kecil dan sederhana, tetapi tidak termasuk kemudahan kad kredit.

Pendapatan kasar bank dan institusi kewangan

(1)

Tertakluk kepada syarat-syarat dalam peraturan 5, jika suatu moratorium diluluskan oleh suatu bank atau institusi kewangan berkenaan dengan apa-apa amaun faedah ke atas suatu pinjaman yang genap masa dan kena dibayar dari 1 April 2020

hingga 30 September 2020 dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, faedah itu tidak menjadi pendapatan kasar bank atau institusi kewangan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), jika apa-apa amaun faedah ke atas suatu pinjaman—

(a)

diterima dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020; atau

(b)

menjadi boleh diterima pada atau selepas 1 Oktober 2020, oleh bank atau institusi kewangan itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, faedah itu hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar bank atau institusi kewangan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

P.U. (A) 237 4

Syarat-syarat berhubung dengan pinjaman dan moratorium

Syarat-syarat yang berikut terpakai berhubung dengan suatu pinjaman dan moratorium:

(b)

tiada bayaran yang tertunggak ke atas pinjaman itu yang melebihi sembilan puluh hari pada 1 April 2020; dan

(c)

berhubung dengan syarikat selain perusahaan kecil dan sederhana, permohonan bagi moratorium telah dibuat kepada bank atau institusi kewangan yang berkaitan.

Rosotnilai pinjaman

Suatu potongan daripada pendapatan kasar suatu bank atau institusi kewangan berdasarkan apa-apa rosotnilai suatu pinjaman tidak dibenarkan.

Akaun berasingan

Bank dan institusi kewangan hendaklah menyenggara suatu akaun berasingan, bagi amaun faedah yang disebut dalam subperaturan 4(1) dan pembayaran yang diterima berhubung dengan faedah itu, dan amaun faedah yang diterima dan menjadi boleh diterima di bawah subperaturan 4(2).

Dibuat 24 Ogos 2020

[Perb.MOF.TAX(RB)700-2/1/89; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-36; PN(PU2)80/XCIX]

DATO’ SRI DR. SABIN BIN SAMITAH

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

P.U. (A) 237 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (SPECIAL TREATMENT FOR INTEREST ON LOAN) REGULATIONS 2020

Opening note

Preamble

  1. IN exercise of the powers conferred by subsection 36(1) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Director General makes the following regulations: Citation and commencement 1.

(1)

These regulations may be cited as the Income Tax (Special Treatment for Interest on Loan) Regulations 2020.

(2)

These Regulations shall have effect for the year of assessment 2020

and subsequent years of assessment.

Application 2.

These Regulations apply to—

(i)

a licensed bank or licensed investment bank under the

Financial Services Act 2013 [Act 758]; and

(ii)

a licensed Islamic bank under the Islamic Financial Services

Act 2013 [Act 759]; and

(b)

a development financial institution prescribed under the

Development Financial Institutions Act 2002 [Act 618];

P.U. (A) 237 6

Interpretation 3.

In these Regulations—

"small and medium enterprises" has the same meaning assigned to it under section 2

of the

Small and

Medium

Industries

Development

Corporation Act 1995 [Act 539];

“loan” means any loan or financing which is related to the moratorium programme under the Prihatin Rakyat Economic Stimulus Package (PRIHATIN), granted by a bank or financial institution to an individual, small and medium enterprises or any company other than small and medium enterprises, but does not include credit card facility.

Gross income of bank and financial institution 4.

(1)

Subject to the conditions in regulation 5, where a moratorium is approved by a bank or financial institution in respect of any amount of interest on a loan which is due and payable from 1 April 2020 until 30 September 2020 in the basis period for a year of assessment, such interest shall not constitute the gross income of that bank or financial institution in the basis period for that year of assessment.

(2)

Notwithstanding subregulation (1), where any amount of interest on a loan—

(a)

is received from 1 April 2020 until 30 September 2020; or

(b)

becomes receivable on or after 1 October 2020, by the bank or financial institution in the basis period for a year of assessment, such interest shall be treated as the gross income of the bank or financial institution in the basis period for that year of assessment.

P.U. (A) 237 7

Conditions relating to loan and moratorium 5.

The following conditions shall apply relating to a loan and moratorium:

(b)

there is no outstanding payment on the loan for more than ninety days as at 1 April 2020; and

(c)

relating to a company other than a small and medium enterprise, the application for the moratorium has been made to the relevant bank or financial institution.

Loan impairment 6.

A deduction from the gross income of a bank or financial institution based on any impairment of a loan shall not be allowed.

Separate account 7.

The bank and financial institution shall maintain a separate account, for the amount of interest referred to in subregulation 4(1) and payment received in relation to that interest, and the amount of interest received and becomes receivable under subregulation 4(2).

Made 24 August 2020

[Perb.MOF.TAX(RB)700-2/1/89; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-36; PN(PU2)80/XCIX]

DATO’ SRI DR. SABIN BIN SAMITAH

Director General of Inland Revenue

Common questions

What is Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020?
Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 237 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Is Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020 still in force?
Yes — Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020 is currently in force.
When did Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020 take effect?
Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020 was first recorded in 2020.
How many sections does Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020 have?
Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020 contains 7 sections.
Where can I read the official version of Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020?
The official text of Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.