Seksyen 5
Syarat-syarat berhubung dengan pinjaman dan moratorium
of Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Faedah ke Atas Pinjaman) 2020
P.U. (A)In forceProvision 5 of 7
Seksyen 5
Syarat-syarat yang berikut terpakai berhubung dengan suatu pinjaman dan moratorium:
(a)
pinjaman itu adalah dalam ringgit;
(b)
tiada bayaran yang tertunggak ke atas pinjaman itu yang melebihi sembilan puluh hari pada 1 April 2020; dan
(c)
berhubung dengan syarikat selain perusahaan kecil dan sederhana, permohonan bagi moratorium telah dibuat kepada bank atau institusi kewangan yang berkaitan.