Seksyen 108
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
P.U. (A)In forceProvision 108 of 171
Seksyen 108
(1)
Menteri hendaklah, bagi tiap-tiap dua tahun, menubuhkan suatu Lembaga
Hakim Pelawat untuk setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan.
(2)
Hakim Pelawat hendaklah terdiri –
(a)
seorang Ketua Pengerusi;
(b)
Pengerusi yang dilantik di setiap tempat tahanan; dan
(c)
mana-mana Majistret kanan di suatu Negeri dan Wilayah
Persekutuan di suatu tempat yang tempat tahanan itu terletak sebagai anggota ex-officio.
(3)
Menteri boleh menentukan pembayaran elaun bagi anggota Lembaga Hakim
Pelawat bagi maksud melawat tempat tahanan, menghadiri mesyuarat, kursus, seminar dan dialog.