Seksyen 5
Arahan oleh Suruhanjaya untuk menyahenap cemar
of Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021
(1)
Walau apa pun subperaturan 3(1), Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa, jika difikirkan perlu, mengeluarkan arahan secara bertulis kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis yang bersambung dengan tangki septik atau yang mempunyai tangki septik untuk menyebabkan tangki septik itu dinyahenap cemar dalam tempoh yang dinyatakan dalam arahan secara bertulis itu.
(2)
Mana-mana pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis yang tidak mematuhi arahan bertulis yang diberikan di bawah subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (2) boleh menghalang Suruhanjaya daripada memberikan apa-apa arahan kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyahenap cemar tangki septik yang disebut dalam subperaturan (1) dan caj bagi perkhidmatan nyahenap cemar hendaklah ditanggung oleh pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis itu.