Seksyen 21
Jadual waktu aktiviti harian
of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2017
Pengetua hendaklah menyediakan suatu jadual waktu aktiviti harian tempat selamat, termasuklah waktu bangun dan tidur, belajar, ulang kaji, latihan teknikal atau vokasional, kerja domestik, rekreasi, dan aktiviti dalam dan luar, dengan kelulusan
Ketua Pengarah.
(2)
Suatu salinan jadual waktu aktiviti harian hendaklah ditampalkan pada papan notis utama, dan di dewan makan dan pejabat, tempat selamat itu.
(3)
Apa-apa perubahan besar yang dibuat kepada jadual waktu aktiviti harian itu hendaklah dimasukkan ke dalam buku log dan suatu pemberitahuan bertulis mengenai perubahan itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah dengan segera.