Seksyen 28
Komunikasi dengan keluarga
of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2017
P.U. (A)In forceProvision 28 of 43
Seksyen 28
(1)
Tiap-tiap penghuni hendaklah digalakkan untuk berkomunikasi dengan ibu atau bapa, penjaga, saudara atau kawannya sekurang-kurangnya sebulan sekali melalui apa-apa cara komunikasi yang disediakan oleh Pengetua.
(2)
Cara komunikasi yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah diawasi oleh Pengetua.
(3)
Jika penghuni menerima suatu surat atau bungkusan daripada mana-mana orang, Pengetua boleh memeriksa surat atau bungkusan yang diterima oleh penghuni itu dan boleh mengimpaun surat atau bungkusan itu jika kandungannya, pada pendapat
Pengetua, tidak diingini.