Seksyen 2
Pindaan subperaturan 7(1A)
of Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik (Pindaan) 2013
P.U. (A)In forceProvision 2 of 5
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 [P.U. (A) 223/1984], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam subperaturan 7(1A) dengan memasukkan selepas perenggan (g), perenggan berikut:
“(h)
yang mengandungi bahan cemaran logam melainkan jika terjadi secara semula jadi, yang terdapat di dalam mana-mana ubat tradisional sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1) Daftar I kepada Jadual, dalam kadar yang tidak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan yang dinyatakan bersetentangan dengan bahan itu dalam ruang (2) Daftar itu.”.