Skip to content

Seksyen 11

Pendengaran

of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Tribunal Keselamatan Sosial) 2018

P.U. (A)In forceProvision 11 of 18
Seksyen 11
(1)

Semasa pendengaran di hadapan Tribunal, pemohon boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi, atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau apa-apa benda lain bagi menyokong permohonannya.

(2)

Selepas pemohon membentangkan permohonannya, responden hendaklah membentangkan pembelaannya dan boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi, atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau apa-apa benda lain bagi menyokong pembelaannya.

(3)

Selepas responden membentangkan pembelaannya, suatu hujahan lisan atau bertulis yang ringkas boleh dibuat oleh responden dan selepas itu oleh pemohon.

(4)

Tribunal boleh pada bila-bila masa membantu pihak-pihak dalam permohonan itu dalam menjalankan pendengaran.