Seksyen 15
Penentuan keilatan
P.U. (A)In forceProvision 14 of 31
Seksyen 15
(1)
Penilai perubatan hendaklah, selepas memeriksa seseorang suri rumah berinsurans yang menuntut elaun keuzuran, memberikan suatu penentuan keilatan kepada Pertubuhan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(2)
Penentuan penilai perubatan di bawah subperaturan (1) hendaklah dimaklumkan oleh Pertubuhan secara bertulis kepada suri rumah berinsurans itu.