Skip to content

Seksyen 3

Larangan penggunaan refrigeran

of Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020

P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

(1)

Tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana refrigeran yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dalam pengilangan atau pemasangan apa-apa kelengkapan penyejukan atau penyaman udara.

(2)

Tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana refrigeran yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam pengilangan atau pemasangan apa-apa kelengkapan penyaman udara dengan 2.5 kuasa kuda (25,000 Btu/jam) dan ke bawah untuk kegunaan di Malaysia.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit

P.U. (A) 79 4

atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.