Seksyen 5
Permohonan secara fraud dan maklumat salah
of Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Pelesenan Kenaf dan Keluaran Kenaf) 2011
P.U. (A)In forceProvision 6 of 39
Seksyen 5
(1)
Tiada seseorang boleh membuat permohonan secara fraud atau memberikan maklumat palsu dalam membuat permohonan kepada Lembaga.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.