Skip to content

Seksyen 2

Pindaan peraturan 2

of Peraturan-Peraturan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Jarak Undur Lebuh Raya) (Pindaan) 2026

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Jarak

Undur Lebuh Raya) 2007 [P.U. (A) 339/2007], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”

dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—

(a)

dengan menggantikan subperaturan

(1A)

dengan subperaturan yang berikut:

“(1A) Mana-mana orang yang menyediakan suatu reka bentuk bagi pembinaan lebuh raya dengan suatu struktur lebuh raya bertingkat bagi maksud Akta ini hendaklah mengadakan jarak selebar 10 meter dari tepi bahagian luar struktur lebuh raya bertingkat itu ke tepi rizab lebuh raya di kedua-dua belah bahagian tepi laluan utama lebuh raya itu sebagai jarak undur lebuh raya itu.”;

P.U. (A) 302 3

(b)

dengan memasukan selepas subperaturan

(1A)

subperaturan yang berikut:

“(1B) Kehendak bagi jarak undur di bawah subperaturan (1)

dan (1A) hendaklah terpakai bagi apa-apa peningkatan taraf atau pelebaran bagi mana-mana lebuh raya di atas mana-mana rizab lebuh raya dan tiada jarak undur tambahan dikehendaki.”; dan

(c)

dalam subperaturan (2), dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “lorong laju, lorong perlahan” dengan perkataan

“lorong pecutan, lorong nyahpecutan”.